Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. <br />Itu peribahasa yang tepat menggambarkan dugaan yang dihadapi dua beranak apabila rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Sayong Tengah Kuala Kangsar hangus dalam kebakaran pada petang 1 Syawal. <br />Namun di sebalik ujian yang dihadapi, mereka bersyukur ramai pihak mula tampil memberikan sumbangan sebaik sahaja kisah duka mereka itu dilaporkan di media sejak Jumaat.
